Jan 17, 2012

Wangian Langsingkan Badan

Hari ni Ateyn nak kongsi dengan korg mengenai jenis wangian yang dapat bantu lansingkan badan. leh lar cuba bg sesiapa yg mengalami masalah berat badan. Terutama wat diri Ateyn yg terasa berat badan dah makin naik. Hehehe. 

Sebuah kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa haruman daripada wangian dapat membantu wanita lebih lansing. Betul ker? Mari kita baca lagi.


Menurut kajian, terdapat beberapa jenis aroma yang dapat membantu wanita menurunkan berat badan, menambah semangat berolahraga serta memberi kualiti tidur yang lebih baik. 

Deria bau manusia rata2 mampu mengenali hingga 10,000 aroma. Wow,banyaknye kn..kn..kn. Diantara aroma tersebut, terdapat beberapa aroma yg dikenal pasti mempunyai kebaikan yang mengejutkan untuk kecantikan dan kesihatan.


Haruman Limau Bali

Haruman ini bukan hanya membantu mengurangi nafsu makan, malah dapat menurunkan berat badan. Gunakan haruman ini setiap 15 minit sebanyak 3 kali seminggu. Jika tidak mempunyai haruman ni, korang cuba lar hidu aroma segar buah limau bali untuk membantu mengurangi kuantiti makan.

Haruman Epal Hijau, Pisang & Pepermint


Menurut kajian di Smell & Taste Treatment and Research Foundation, Chicago, ketiga2 aroma ini sesuai dihidu ketika merasa lapar dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan banyak berbanding dengan mereka yang tidak menghidu aroma tersebut.

Haruman Pepermint

Kajian juga menunjukkan haruman pepermint mampu meningkatkan semangat untuk berolahraga , dengan meningkatkan latihan, mengurangi kelelahan dan dapat memperbaiki suasana hati korang.


So,sampai sini saje maklumat yg Ateyn nk kongsi ngan korang. Jumpa lagi nt.. Amigos. ^_^

2 comments:

Anonymous said...

wow, nice info :D

Ateyn said...

Thanks.. :)