Jan 24, 2012

Bersahabat Tanpa Jatuh Cinta

Wah,menarik tak tajuk kt atas nie. Hehe. Ok,ada dalam kalangan kita yang mempunyai sahabat baik dari kalangan lawan jantina. Betul tak? Dan masing2 selesa berkawan. Akan tetapi persahabatan begini selalunya akan mengundang perasaan lebih dari kawan. Lelaki dan perempuan yang rapat sering kali dikaitkan dengan perasaan cinta dan sememangnya tidak dinafikan ia berlaku. Ada persahabatan yang dibina hancur kerana cinta. Jadi, Ateyn nak kongsi ngan korang sedikit tip untuk mengekalkan persahabatan yang akrab dengan rakan berlainan jantina tanpa melibatkan perasaan cinta.

  • Bersahabat atas nama kepercayaan dan bukan hanya berpegang pada janji.

  • Menceritakan masalah yang universal bukan masalah dengan pasangan yang boleh menjurus kepada perasaan simpati.

  • Persahabatan haruslah di depan umum yang tidak terlalu menunjukkan kita terlampau dekat dengan rakan tersebut.

  • Elakkan pertemuan yang kerap, seeloknya usahakan berhubung melalui alat telekomunikasi. Tetapi, jangan pula terlalu kerap menghubunginya.

  • Berkata jujur dan tidak mengada-ngada.

  • Paling penting sekali, korang sendiri perlu menganggap dirinya teman dan bukan teman istimewa.

Selamat mencuba. Kawan biar beribu,bercinta biar satu. Amigos guys. ^_^

No comments: