Jun 12, 2012

Sahabat-sahabat Baru!!

Muka Ceria selepas Presentation.. Weeeeee~~ ^_^


Wink2~~ bersinar2 muka kami selepas habis presentation Cik Ismail.. Walaupun kena hembus, tetap kami berdiri teguh dengan tema pinky kami dan senyum slalu.. Hehehe. Kehidupan di UiTM kini lebih meriah di samping kwn2 yg sungguh sporting dan gler2.. Haha. Semoga persahabatan kita semua berkekalan.. Insyaallah.. ^_^

Mar 31, 2012

Jelajah Universiti


Baru part 1 dh kena buat research kt Universiti lain kn.. Ish..ish.. Penat Ateyn.. Ok,assignment kali nie memerlukan kami pergi ke UKM & UM tuk cari bahan sebab kat sana banyak buku mengenai bahasa & linguistik.. Lagipun ramai pakar bahasa lahir disana.. Bukan dr baby mereka disana ye.. Haha. So,firstly Ateyn g UM dengan classmate iaitu yana,ag & eywa naik kete yana.. Best r jgk ble masuk UM.. Suasana kt sana memang aman & damai.. Hehe. Seterusnya kami pergi ke UKM dengan rombongan En. Epul (yg besar skali 2) Haha. Dye ketua kelas yg sgt brtnggungjawab.. ecehh.. Haha. Memang hari yang memenatkan pergi UKM 2.. Kami trpaksa naik bas ke seksyen 2, kemudian tukar bas ke KL Sentral n then naik KTM ke stesenUKM.. Dh sampai stesen, kami kena naik bas UKM tp untuk ke sana, kami terpaksa meredah banjir kilat yg berlaku tiba2 kt situ.. dugaan..dugaan.. Apalagi.. Redah banjir r.. Hahaha. Akhirnya brjaya gak kami sampai di UKM.. Kihkih. Kami balik dalam kul 6.30 p.m. & samapai di UiTM dalam kul 10 p.m. Sempat gak kami makan McD kt KL Sentral.. Hehehe. ^_^

p/s : Harap semua dapat A ok!!! Gambar UM akan dtg~~ 

Mar 11, 2012

Ini Gembira ^_^

Peh,memang happy sgt semalam dan hari ni sebab mak,ayah dan adik datang melawat Ateyn kt UiTM nie.. Waaaa.. Rasa gembira sampai nak menangis lar.. =) x sangka lak yang dyeowg nk dtg.. Tiba2 jeq bgthu nk bertolak dh.. Memang happy lar sebab Ateyn pun tengah x shat.. Homesick barangkali bak kata cik Izzah.. Hehe. Mak n ayah sampai Shah Alam dalam kul 6.30 dan terus kami pergi cari hotel tuk bermalam kt Shah Alam.. Ingtkn nak tiduer di Hotel UiTM jeq tapi cari punya cari xjumpa lak.. So,kami bermalam di Hotel Green di seksyen 7.. Lupa lar plak nama penuh hotel tu.. Tapi yg Ateyn ingat ada tulis green jeq.. Haha. Lepas dah merehatkan diri sebentar, kami pun gerak pergi i-City.. Nasib baik x hujan.. Weee~ =) Lepas tu g mkn dan apalagi balik hotel tidur r.. Haha. Hari nie lak pergi beli barang2 untuk Ateyn kawad kaki mnggu depan.. Ish..Ish..Ish.. xbest tul!! Haha. dah habis shopping2, balik lar blk kt kolej  n rasa sayu + sedih sangat2 bila salam mak n ayah.. Memang dah nk nangis time 2.. Tapi Ateyn cuba kuatkn hati.. Mak pn mcm nk nangis jgk sb mse Ateyn lambai dye, mak x tngok n just lambai jeq.. Hhmmmm.. Sedihnye.. .Luv u mom!!  ^_^

Inilah buah hati pengarang jantung Ateyn ^_^

~Amigos guys~

Mar 4, 2012

UiTM pula.

Pagi-pagi minum kopi
Minum kopi buat sendiri
Dulu uia disayangi
Kini uitm pula di hati

Lama x update blog disebabkan sibuk berorientasi di UiTM.. Hehe. Yeah.. Skrg nie Ateyn bkn lg pelajar di IIUM yeq guys.. Kini pelajar UiTM pulak.. =)Memang best gler orientasi kt sini.. lg best dr IIUM.. Mmg gler pnye happy walaupun penat nak &%$#@*.. Haha. Sush lar nk gmbrkn betapa penatnye Ateyn.. Hehe. Tp,makanan n minuman jeq kureng cket.. IIUM the best gak r bab mkn2 nie.. Hehe. Siap masuk koir ag time malam kebudayaan Minggu Destini Siswa.. Unfortunately,kteorg dpt no 2 jeq.. But still not bad lar.. =) Fesi2 pn mmg terbaik even ade gak yg garang2 tp still baik.. Memang baik gler dyeowng pnye layanan.. Yg plg x sngka mse hujan, dyeowg siap pyungkn sorg2 lg.. Peh!! Memang terbaik r!!Lg satu yg bestnye sebab orientasi kt UiTM nie xde r abez lmbt sgt brbnding IIUM.. ^_^Hmm.. Roomate pn ok r even ade yg ngade2! Haha. Tp,xpe Ateyn maafkn sebab dyeowng nie sume umur baru nk matang katakn.. Jgn mrh ye guys.. Haha.So,doakan Ateyn berjaya di sini ye guys.. Luv u all ! 

Roomate ku

-Sekian-



Feb 2, 2012

My Soulmates

Best nye dapat hang out bersama rakan2 tersayangkn.. tul x?? dapat lar hilangkan tension dan masalah yang sedang bermain kt kepala otak skang nie.. Mmg dah lama kami xlepak bersama.. Mmg lepas rindu masing2 lar ble jmpe.. Hehe. Thanks to Alvian lar yang sanggup merentas lautan dari singapore sampai ke segamat and bawak kteorg g jln2 di Melaka.. Tapi, I still marah dengan U sebab U 'betulkan kereta' x bagitahu I !!.. Hahaha. First time kot keluar blk kul 2 pagi.. Nasib baik puan Salmah x mengamuk.. Hehe. Thanks wat yan gak yang dah mengosongkan poket U tuk kteorg dan melayan kerenah kami yang sangggggaaaattt cerewet.. Sangat hargai pe yg ko wat tuk kteorg.. Program kteorg di Melaka.. Makan kat The Chicken Rice Shop yang trpaksa pindah meja sebab makanan byk sangat.. Haha. And then karaoke dan masih berdesing lagi telinga I dengar yuni nyanyi lagu Gemuruh.. Terbaik r wokkk.. dan diakhiri dengan lepak di McD Melaka.. ^_^ Walaupun masa amat singkat, tapi kenangan tu tetap untuk selama2nye.. To yuni and izzah.. will always love you guys 4 ever.. LOL!  Eh,lupe lak nk mention.. Thanks to adik yan Amy juga yg jadi geng ke-4 kami.. Hehe.












Love u guys.. Amigos.. ^_^

Jan 24, 2012

Bersahabat Tanpa Jatuh Cinta

Wah,menarik tak tajuk kt atas nie. Hehe. Ok,ada dalam kalangan kita yang mempunyai sahabat baik dari kalangan lawan jantina. Betul tak? Dan masing2 selesa berkawan. Akan tetapi persahabatan begini selalunya akan mengundang perasaan lebih dari kawan. Lelaki dan perempuan yang rapat sering kali dikaitkan dengan perasaan cinta dan sememangnya tidak dinafikan ia berlaku. Ada persahabatan yang dibina hancur kerana cinta. Jadi, Ateyn nak kongsi ngan korang sedikit tip untuk mengekalkan persahabatan yang akrab dengan rakan berlainan jantina tanpa melibatkan perasaan cinta.

  • Bersahabat atas nama kepercayaan dan bukan hanya berpegang pada janji.

  • Menceritakan masalah yang universal bukan masalah dengan pasangan yang boleh menjurus kepada perasaan simpati.

  • Persahabatan haruslah di depan umum yang tidak terlalu menunjukkan kita terlampau dekat dengan rakan tersebut.

  • Elakkan pertemuan yang kerap, seeloknya usahakan berhubung melalui alat telekomunikasi. Tetapi, jangan pula terlalu kerap menghubunginya.

  • Berkata jujur dan tidak mengada-ngada.

  • Paling penting sekali, korang sendiri perlu menganggap dirinya teman dan bukan teman istimewa.

Selamat mencuba. Kawan biar beribu,bercinta biar satu. Amigos guys. ^_^

Jan 20, 2012

Tip Konsisten Solat Subuh


Hari ni Ateyn nak kongsi ngan korang semua tip untuk konsisten bangun solat Subuh. Paling ramai susah nak bangun subuh kan ? Haha.

  • Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
  • Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
  • Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
  • Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
  • Carilah sahabat yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh. Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankanlah rakan untuk beribadah dan melakukan ketaatan.
  • Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. seperti tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
  • Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam dan seterusnya akan membawa kepada susah bangun awal pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh
  • Pasang penggera yang boleh mengejutkan kita bangun untuk menunaikan solat Subuh. Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh. Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas bangun dan segera berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.
  • Ajaklah oran lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
  • Cuba menghayati keindahan pada waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai, mutiara embun yang jernih dan sebagainya. Hayatilah alam ciptaan Allah s.w.t. dengan menanam tekad untuk menikmatinya lagi dengan selalu bangun awal dan menunaikan solat Subuh.


Sampai sini je yang Ateyn nak kongsikan dengan korang. Kita jumpa di lain entry pula ok. Renung2kan dan selamat mencuba. Insyaallah kita pasti berjaya. Peeaaccee. ^_^



Jan 17, 2012

Wangian Langsingkan Badan

Hari ni Ateyn nak kongsi dengan korg mengenai jenis wangian yang dapat bantu lansingkan badan. leh lar cuba bg sesiapa yg mengalami masalah berat badan. Terutama wat diri Ateyn yg terasa berat badan dah makin naik. Hehehe. 

Sebuah kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa haruman daripada wangian dapat membantu wanita lebih lansing. Betul ker? Mari kita baca lagi.


Menurut kajian, terdapat beberapa jenis aroma yang dapat membantu wanita menurunkan berat badan, menambah semangat berolahraga serta memberi kualiti tidur yang lebih baik. 

Deria bau manusia rata2 mampu mengenali hingga 10,000 aroma. Wow,banyaknye kn..kn..kn. Diantara aroma tersebut, terdapat beberapa aroma yg dikenal pasti mempunyai kebaikan yang mengejutkan untuk kecantikan dan kesihatan.


Haruman Limau Bali

Haruman ini bukan hanya membantu mengurangi nafsu makan, malah dapat menurunkan berat badan. Gunakan haruman ini setiap 15 minit sebanyak 3 kali seminggu. Jika tidak mempunyai haruman ni, korang cuba lar hidu aroma segar buah limau bali untuk membantu mengurangi kuantiti makan.

Haruman Epal Hijau, Pisang & Pepermint


Menurut kajian di Smell & Taste Treatment and Research Foundation, Chicago, ketiga2 aroma ini sesuai dihidu ketika merasa lapar dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan banyak berbanding dengan mereka yang tidak menghidu aroma tersebut.

Haruman Pepermint

Kajian juga menunjukkan haruman pepermint mampu meningkatkan semangat untuk berolahraga , dengan meningkatkan latihan, mengurangi kelelahan dan dapat memperbaiki suasana hati korang.


So,sampai sini saje maklumat yg Ateyn nk kongsi ngan korang. Jumpa lagi nt.. Amigos. ^_^