Jan 20, 2012

Tip Konsisten Solat Subuh


Hari ni Ateyn nak kongsi ngan korang semua tip untuk konsisten bangun solat Subuh. Paling ramai susah nak bangun subuh kan ? Haha.

  • Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
  • Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
  • Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
  • Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
  • Carilah sahabat yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh. Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankanlah rakan untuk beribadah dan melakukan ketaatan.
  • Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. seperti tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
  • Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam dan seterusnya akan membawa kepada susah bangun awal pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh
  • Pasang penggera yang boleh mengejutkan kita bangun untuk menunaikan solat Subuh. Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh. Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas bangun dan segera berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.
  • Ajaklah oran lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
  • Cuba menghayati keindahan pada waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai, mutiara embun yang jernih dan sebagainya. Hayatilah alam ciptaan Allah s.w.t. dengan menanam tekad untuk menikmatinya lagi dengan selalu bangun awal dan menunaikan solat Subuh.


Sampai sini je yang Ateyn nak kongsikan dengan korang. Kita jumpa di lain entry pula ok. Renung2kan dan selamat mencuba. Insyaallah kita pasti berjaya. Peeaaccee. ^_^



No comments: