Dec 26, 2011

Hatiku Di Kinabalu


Hari ni tengok telemovie Hatiku Di Kinabalu kat Astro Citra ( saluran 131 ).. Tak tahu lar cerita tu dah lama atau baru, yang penting cheqna baru tengok.. Hehe. Best gak cerita ni sampai meleleh ateyn dibuatnya.. Hahaha. 



Memang lumrah hidup manusia senang untuk membuat janji tetapi susah untuk menunaikannya.. tapi,selalunya siapa yang mudah mungkir janji ek?? Hehe.


Dalam cerita ni sangat sedih sebab suami dia sanggup kahwin lain semasa isteri dia sedang koma.. Padahal,sebelum ni dia dah berjanji untuk setia menunggu isterinya walau apa pun terjadi.. Kenapa kebanyakan lelaki susah untuk setia?? Kalau perempuan memang kebanyakannya akan setia lar kt lelaki yang dikasihi tu.. betul x?? Hehe.



Lagi satu, yang sangat menyentuh hati bila lihat lelaki ni senang je buat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.. Si suami ni tadi nak ceraikan isteri dia yang kedua bila isteri pertama dah sedar.. Tapi,isteri pertama menghalang dan suruh lepaskan dirinya.. Si suami tadi tak halang pun dan dia nampak 'cool' jeq walaupun dia menangis.. 


Agaknya bagi lelaki ni,mungkin dia fikir kalau cerai satu, ada lagi satu.. Apa susah ! Ish..ish..ish.. Hmm.. Masih adakah lelaki yang boleh setia pada seorang perempuan sehingga bertahun-tahun lamanya?? Nak satu ! Jeng..jeng..jeng.. Hehe. Peeaaccee yo !

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru-biru hujung Kinabalu,
Tengok dari jauh,
Hati saya rindu...

p/s: Teringin nak pergi mendaki Gunung Kinabalu.. Ada sesiapa nak bawa tak?? ^_^

No comments: