Dec 20, 2011

Musuh Sabar


Apa Itu Sabar???

Dari Segi Bahasa : Menahan atau mengekang
Dari Segi Praktik : Menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.


Berikut adalah musuh kepada sabar:

Tergesa-gesa

Allah berfirman yang bermaksud " manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa ". ( Surah al-Anbiya' 21:37 ) Sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itulah tabiat semulajadi manusia, selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak dan tanpa bersunguh-sungguh menanam pohon buah tersebut.

Putus Asa

Allah berfirman yang bermaksud : " Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir " ( Surah Yusuf 12:87 )

Marah

Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan pada saat-saat tertentu seperti ketika Islam dihina dan diinjak-injak. Hakikatnya kini, manusia sebaliknya marah tidak bertempat mereka hanya marah apabila kepentingan diri tergugat, bukan apabila kepentingan agama digugat.

Jika ketiga-tiga 'musuh' sabar di atas masih ada dalam diri kita, maka amat susahlah untuk memeupuk sabar. halaulah musuh tersebut jauh-jauh, nanti sabar akan mendekat. Jadi bersabar lah wahai rakan-rakan supaya diberi ganjaran yang lebih baik daripada Alla SWT.. ^_^


Sumber :  SOLUSI 31

No comments: