Feb 2, 2012

My Soulmates

Best nye dapat hang out bersama rakan2 tersayangkn.. tul x?? dapat lar hilangkan tension dan masalah yang sedang bermain kt kepala otak skang nie.. Mmg dah lama kami xlepak bersama.. Mmg lepas rindu masing2 lar ble jmpe.. Hehe. Thanks to Alvian lar yang sanggup merentas lautan dari singapore sampai ke segamat and bawak kteorg g jln2 di Melaka.. Tapi, I still marah dengan U sebab U 'betulkan kereta' x bagitahu I !!.. Hahaha. First time kot keluar blk kul 2 pagi.. Nasib baik puan Salmah x mengamuk.. Hehe. Thanks wat yan gak yang dah mengosongkan poket U tuk kteorg dan melayan kerenah kami yang sangggggaaaattt cerewet.. Sangat hargai pe yg ko wat tuk kteorg.. Program kteorg di Melaka.. Makan kat The Chicken Rice Shop yang trpaksa pindah meja sebab makanan byk sangat.. Haha. And then karaoke dan masih berdesing lagi telinga I dengar yuni nyanyi lagu Gemuruh.. Terbaik r wokkk.. dan diakhiri dengan lepak di McD Melaka.. ^_^ Walaupun masa amat singkat, tapi kenangan tu tetap untuk selama2nye.. To yuni and izzah.. will always love you guys 4 ever.. LOL!  Eh,lupe lak nk mention.. Thanks to adik yan Amy juga yg jadi geng ke-4 kami.. Hehe.












Love u guys.. Amigos.. ^_^

Jan 24, 2012

Bersahabat Tanpa Jatuh Cinta

Wah,menarik tak tajuk kt atas nie. Hehe. Ok,ada dalam kalangan kita yang mempunyai sahabat baik dari kalangan lawan jantina. Betul tak? Dan masing2 selesa berkawan. Akan tetapi persahabatan begini selalunya akan mengundang perasaan lebih dari kawan. Lelaki dan perempuan yang rapat sering kali dikaitkan dengan perasaan cinta dan sememangnya tidak dinafikan ia berlaku. Ada persahabatan yang dibina hancur kerana cinta. Jadi, Ateyn nak kongsi ngan korang sedikit tip untuk mengekalkan persahabatan yang akrab dengan rakan berlainan jantina tanpa melibatkan perasaan cinta.

  • Bersahabat atas nama kepercayaan dan bukan hanya berpegang pada janji.

  • Menceritakan masalah yang universal bukan masalah dengan pasangan yang boleh menjurus kepada perasaan simpati.

  • Persahabatan haruslah di depan umum yang tidak terlalu menunjukkan kita terlampau dekat dengan rakan tersebut.

  • Elakkan pertemuan yang kerap, seeloknya usahakan berhubung melalui alat telekomunikasi. Tetapi, jangan pula terlalu kerap menghubunginya.

  • Berkata jujur dan tidak mengada-ngada.

  • Paling penting sekali, korang sendiri perlu menganggap dirinya teman dan bukan teman istimewa.

Selamat mencuba. Kawan biar beribu,bercinta biar satu. Amigos guys. ^_^

Jan 20, 2012

Tip Konsisten Solat Subuh


Hari ni Ateyn nak kongsi ngan korang semua tip untuk konsisten bangun solat Subuh. Paling ramai susah nak bangun subuh kan ? Haha.

  • Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
  • Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
  • Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
  • Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
  • Carilah sahabat yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh. Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankanlah rakan untuk beribadah dan melakukan ketaatan.
  • Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. seperti tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
  • Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam dan seterusnya akan membawa kepada susah bangun awal pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh
  • Pasang penggera yang boleh mengejutkan kita bangun untuk menunaikan solat Subuh. Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh. Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas bangun dan segera berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.
  • Ajaklah oran lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
  • Cuba menghayati keindahan pada waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai, mutiara embun yang jernih dan sebagainya. Hayatilah alam ciptaan Allah s.w.t. dengan menanam tekad untuk menikmatinya lagi dengan selalu bangun awal dan menunaikan solat Subuh.


Sampai sini je yang Ateyn nak kongsikan dengan korang. Kita jumpa di lain entry pula ok. Renung2kan dan selamat mencuba. Insyaallah kita pasti berjaya. Peeaaccee. ^_^