Dec 26, 2011

Hatiku Di Kinabalu


Hari ni tengok telemovie Hatiku Di Kinabalu kat Astro Citra ( saluran 131 ).. Tak tahu lar cerita tu dah lama atau baru, yang penting cheqna baru tengok.. Hehe. Best gak cerita ni sampai meleleh ateyn dibuatnya.. Hahaha. 



Memang lumrah hidup manusia senang untuk membuat janji tetapi susah untuk menunaikannya.. tapi,selalunya siapa yang mudah mungkir janji ek?? Hehe.


Dalam cerita ni sangat sedih sebab suami dia sanggup kahwin lain semasa isteri dia sedang koma.. Padahal,sebelum ni dia dah berjanji untuk setia menunggu isterinya walau apa pun terjadi.. Kenapa kebanyakan lelaki susah untuk setia?? Kalau perempuan memang kebanyakannya akan setia lar kt lelaki yang dikasihi tu.. betul x?? Hehe.



Lagi satu, yang sangat menyentuh hati bila lihat lelaki ni senang je buat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.. Si suami ni tadi nak ceraikan isteri dia yang kedua bila isteri pertama dah sedar.. Tapi,isteri pertama menghalang dan suruh lepaskan dirinya.. Si suami tadi tak halang pun dan dia nampak 'cool' jeq walaupun dia menangis.. 


Agaknya bagi lelaki ni,mungkin dia fikir kalau cerai satu, ada lagi satu.. Apa susah ! Ish..ish..ish.. Hmm.. Masih adakah lelaki yang boleh setia pada seorang perempuan sehingga bertahun-tahun lamanya?? Nak satu ! Jeng..jeng..jeng.. Hehe. Peeaaccee yo !

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru-biru hujung Kinabalu,
Tengok dari jauh,
Hati saya rindu...

p/s: Teringin nak pergi mendaki Gunung Kinabalu.. Ada sesiapa nak bawa tak?? ^_^

Dec 20, 2011

Musuh Sabar


Apa Itu Sabar???

Dari Segi Bahasa : Menahan atau mengekang
Dari Segi Praktik : Menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.


Berikut adalah musuh kepada sabar:

Tergesa-gesa

Allah berfirman yang bermaksud " manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa ". ( Surah al-Anbiya' 21:37 ) Sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itulah tabiat semulajadi manusia, selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak dan tanpa bersunguh-sungguh menanam pohon buah tersebut.

Putus Asa

Allah berfirman yang bermaksud : " Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir " ( Surah Yusuf 12:87 )

Marah

Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan pada saat-saat tertentu seperti ketika Islam dihina dan diinjak-injak. Hakikatnya kini, manusia sebaliknya marah tidak bertempat mereka hanya marah apabila kepentingan diri tergugat, bukan apabila kepentingan agama digugat.

Jika ketiga-tiga 'musuh' sabar di atas masih ada dalam diri kita, maka amat susahlah untuk memeupuk sabar. halaulah musuh tersebut jauh-jauh, nanti sabar akan mendekat. Jadi bersabar lah wahai rakan-rakan supaya diberi ganjaran yang lebih baik daripada Alla SWT.. ^_^


Sumber :  SOLUSI 31

Dec 14, 2011

Lumut Waterfront

Dikala malam yang bosan, Paksu dan Maksu ajak kami (Ateyn dan cuzzy-cuzzy) jalan-jalan di Lumut Waterfront.. Malam tu juga ada penutup Pesta Laut Pangkor.. So,memang meriah lar.. Walaupun ramai orang kami masih sempat snap-snap pic kat sana.. Asyik posing jeq dan kebanyakan gambar Ateyn semua buat gaya peaaccee.. Hehehe. Baru perasan setelah ditegur oleh Paksu dan dia telah mengenakan Ateyn.. Grrrrr.. Haha. Ok,fine ! pic kat bawah ni tak ada peaaccee ye ! Hehe.









Actually banyak lagi gambar-gambar tapi cukup je lar ni,nanti korang boring lak ! Hehe. Tak ada peaaccee sebab Ateyn tengah makan aiskrim.. yeah ! ^_^