Dec 26, 2011

Hatiku Di Kinabalu


Hari ni tengok telemovie Hatiku Di Kinabalu kat Astro Citra ( saluran 131 ).. Tak tahu lar cerita tu dah lama atau baru, yang penting cheqna baru tengok.. Hehe. Best gak cerita ni sampai meleleh ateyn dibuatnya.. Hahaha. 



Memang lumrah hidup manusia senang untuk membuat janji tetapi susah untuk menunaikannya.. tapi,selalunya siapa yang mudah mungkir janji ek?? Hehe.


Dalam cerita ni sangat sedih sebab suami dia sanggup kahwin lain semasa isteri dia sedang koma.. Padahal,sebelum ni dia dah berjanji untuk setia menunggu isterinya walau apa pun terjadi.. Kenapa kebanyakan lelaki susah untuk setia?? Kalau perempuan memang kebanyakannya akan setia lar kt lelaki yang dikasihi tu.. betul x?? Hehe.



Lagi satu, yang sangat menyentuh hati bila lihat lelaki ni senang je buat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.. Si suami ni tadi nak ceraikan isteri dia yang kedua bila isteri pertama dah sedar.. Tapi,isteri pertama menghalang dan suruh lepaskan dirinya.. Si suami tadi tak halang pun dan dia nampak 'cool' jeq walaupun dia menangis.. 


Agaknya bagi lelaki ni,mungkin dia fikir kalau cerai satu, ada lagi satu.. Apa susah ! Ish..ish..ish.. Hmm.. Masih adakah lelaki yang boleh setia pada seorang perempuan sehingga bertahun-tahun lamanya?? Nak satu ! Jeng..jeng..jeng.. Hehe. Peeaaccee yo !

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru-biru hujung Kinabalu,
Tengok dari jauh,
Hati saya rindu...

p/s: Teringin nak pergi mendaki Gunung Kinabalu.. Ada sesiapa nak bawa tak?? ^_^

Dec 20, 2011

Musuh Sabar


Apa Itu Sabar???

Dari Segi Bahasa : Menahan atau mengekang
Dari Segi Praktik : Menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.


Berikut adalah musuh kepada sabar:

Tergesa-gesa

Allah berfirman yang bermaksud " manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa ". ( Surah al-Anbiya' 21:37 ) Sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itulah tabiat semulajadi manusia, selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak dan tanpa bersunguh-sungguh menanam pohon buah tersebut.

Putus Asa

Allah berfirman yang bermaksud : " Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir " ( Surah Yusuf 12:87 )

Marah

Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan pada saat-saat tertentu seperti ketika Islam dihina dan diinjak-injak. Hakikatnya kini, manusia sebaliknya marah tidak bertempat mereka hanya marah apabila kepentingan diri tergugat, bukan apabila kepentingan agama digugat.

Jika ketiga-tiga 'musuh' sabar di atas masih ada dalam diri kita, maka amat susahlah untuk memeupuk sabar. halaulah musuh tersebut jauh-jauh, nanti sabar akan mendekat. Jadi bersabar lah wahai rakan-rakan supaya diberi ganjaran yang lebih baik daripada Alla SWT.. ^_^


Sumber :  SOLUSI 31

Dec 14, 2011

Lumut Waterfront

Dikala malam yang bosan, Paksu dan Maksu ajak kami (Ateyn dan cuzzy-cuzzy) jalan-jalan di Lumut Waterfront.. Malam tu juga ada penutup Pesta Laut Pangkor.. So,memang meriah lar.. Walaupun ramai orang kami masih sempat snap-snap pic kat sana.. Asyik posing jeq dan kebanyakan gambar Ateyn semua buat gaya peaaccee.. Hehehe. Baru perasan setelah ditegur oleh Paksu dan dia telah mengenakan Ateyn.. Grrrrr.. Haha. Ok,fine ! pic kat bawah ni tak ada peaaccee ye ! Hehe.









Actually banyak lagi gambar-gambar tapi cukup je lar ni,nanti korang boring lak ! Hehe. Tak ada peaaccee sebab Ateyn tengah makan aiskrim.. yeah ! ^_^


Happy Birthday My Little Cute Cuzzy ! ♥

Today is my little cuzzy birthday WAN AMISYA ADRIANA ! We just ate chocolate cake and snap pic ! Nyum..nyum.. Hehe. Erk.. Natasya Damya pun nak menyibuk jugak,so credit to her also ! Happy Birthday NATASYA ! Hehe.

Birthday girl with her chocolate cake ! ^_^

Chocolate cake ! niceeeyyy.. 

Ujian dan Dugaan : Tanda Sayang Allah swt.


Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah SWT.. Ujian yang datang selalunya akan menjadikan diri kita lebih kuat dan tabah ! Pengakuan mulut yang mengaku diri seseorang itu beriman bukanlah satu bukti keimanan seseorang itu, tetapi mestilah melalui cubaan dan ujian.. ^_^ 

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu; "Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan." 
(Al-Anbiyaa’: 35)
  
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Luar biasa betul keadaan orang-orang yang beriman, semua urusannya adalah kebaikan. Tidak ada manusia yang menyamai orang yang beriman. Apabila ia beroleh kesenangan ia lalu bersyukur, maka ia mendapat balasan pahala. Apabila ia ditimpa musibah lalu ia bersabar, maka ia diberikan pahala." (HR. Muslim)

Kadangkala musibah yang menimpa seseorang itu adalah amaran jika kita melakukan dosa, supaya kita tidak berterusan melakukan dosa, sedar dan insaf  dan seterusnya kembali kepada ajaran Islam, yakni patuh kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada umat-umat sebelum kamu, kemudian Kami timpakan ke atas mereka penderitaan dan kemelaratan supaya mereka merendah diri." (Al-An'am: 42)

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengutus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelum umat Muhammad, tapi mereka tidak mengendahkan seruan para Rasul itu. Maka Allah SWT menimpa kesusahan dan kesengsaraan ke atas mereka, supaya mereka insaf dan menyedari kesilapan mereka dan kembali kepada Allah SWT. Jadi musibah yang menimpa mereka itu bukanlah seksaan semata-mata tetapi merupakan amaran atau peringatan agar mereka tidak berterusan melakukan dosa.
Ujian dan dugaan yang kita alami juga merupakan ujian penghapus dosa dan untuk mendapatkan gajaran pahala yang besar.. Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)

Di dalam Al-Quran Allah SWT telah mengajar kita supaya mengucap kalimat "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" ketika mengalami musibah. Disunatkan mengucapkan kalimat tersebut setiap kali ditimpa musibah, daripada yang paling besar sehingga musibah yang terkecil, seperti terpijak duri dan sebagainya.

Dalam tujuan yang sama sebuah hadith Rasulullah SAW telah menjelaskan yang bermaksud: Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah lalu membaca ayat yang diperintahkan Allah SWT "Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Raji'un, Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" 
(Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya) melainkan Allah SWT memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya." (HR. Muslim)

Bacaan tersebut mengandungi penawar bagi apa juga bentuk musibah jika diamalkan dan dihayati sepenuh jiwa. Maka bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah SWT dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah SWT pasti akan ada ganjaran yang lebih baik menanti. 

Mudahan kita dapat mendidik hati kita untuk bersabar dalam menempuhi segala musibah kerana Allah SWT bersama orang-orang yang bersabar. Selamat Merenung dan Beringat ! ^_^

Dec 10, 2011

Bahaya Kepak Ayam

Emmm.. Sedapnya kepak ayam ni.. Nyum..Nyum..

Inilah salah satu favourite Ateyn.. Tetapi idak ler teman selalu makan.. Hehe. Lepas ni lagi ler tak boleh nak makan dah kepak ayam ni.. Mak su Ateyn beritahu bahawa kepak ayam disuntik dengan steroid bagi mempercepatkan tumbesarannya dan boleh mengakibatkan ketumbuhan pada rahim terutama kaum wanita ! Takut juga bila mendengarnya.. So,lepas ini kena lar pantang ye cik Ateyn ! Haha. Lebih baik ambil langkah pencegahan dulu sebelum jadi apa-apa kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati ! Eceh, macam doktor lak.. Haha. Tetapi, tak aci sebab perempuan je tak boleh.. Lelaki boleh ! Tak aci ! Haha.

Dec 7, 2011

SABAR



Sampai bila saya boleh sabar ye ?? Si dia tetap tidak mengerti dan susah untuk berubah.. Kesilapan tidak sepatutnya berulang dan perlu dijadikan pengajaran tetapi kesilapan itu masih berulang banyak kali.. Dan saya ?? Tetap bersabar hingga x tahu lar bila......... Nasib baik kata-kata ini memberi semangat.


Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)


Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)


Jadi... Bersabar..bersabar..bersabar dan terus bersabarlah wahai Miszzluna ! yeah ! ^_^

Dec 6, 2011

DOA MELUPAKAN SESEORANG



Hari ini sangat sedih ! Tiba-tiba terasa ingin melupakan seseorang yang telah melukakan hati ini. So,bila tengah sedih nie, jumpa pula dengan doa ini. Memang lar susah tapi sekurang-kurangnya Ateyn cuba.. Huhuhu.....

Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta,putus tunang, bercerai dan seumpamanya, maka ikthiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih, letak tapak tangan pada dahi atau dada dan kemudian baca ayat berikut. Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan dan membuat isyarat membuang.


"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada " Ibu segala suratan ".